***DoA HaRiAN***

***DoA HaRiAN***
ayat seribu dinar

Wednesday, December 9, 2009

~sharing is caring~ :)

"...Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk, dia memperoleh pahala seperti orang yang mengikutinya. Dan barangsiapa yang mengajak kepada kesesatan, dia menanggung dosa seperti dosa orang yang melakukannya..." (Hadis Riwayat Muslim)

- Bersama kita renung dan fikir-fikirkan. Kita banyak mengajak orang lain ke arah yang mana satu..?? :)

Sunday, November 29, 2009

..Wahai Penasihat Ekonomi Selangor..


1. Saya ucap taniah kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana berjaya menganugerahkan Dato Seri Anwar Ibrahim dengan jawatan penasihat ekonomi dengan bayaran hanya RM1 setahun.

2. Mungkin kepimpinan Kerajaan Selangor tidak tahu akan prestasi Dato Seri Anwar sebagai Menteri Kewangan Kerajaan Pusat diwaktu krisis kewangan melanda Malaysia.

3. Dia begitu taksub dengan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF - International Monetary Fund) dan Bank Dunia sehingga menerima bulat-bulat nasihat Michel Camdessus (pengarah urusan IMF) dan James Wolfensohn (presiden Bank Dunia dan sahabat karibnya) supaya negara ini mengurangkan perbelanjaan Kerajaan untuk mencapai surplus, menaikkan faedah pinjaman bank dengan tinggi supaya peniaga kekeringan modal dan tidak dapat berniaga, memendekkan masa untuk membayar hutang bank daripada enam bulan kepada tiga bulan untuk menjadikan yang berhutang muflis dan bank dibeban dengan hutang tak berbayar (non-performing loans), supaya bank tidak dapat berfungsi dan memerlukan suntikan modal dan bermacam lagi tindakan yang melemahkan dan memburukkan lagi ekonomi negara ini supaya terpaksa mendapat bantuan IMF dan Bank Dunia dengan syarat ekonomi Malaysia diserahkan kepada institusi-institusi ini.

4. Jika pentadbiran ekonomi Malaysia diserahkan kepada IMF maka Dasar Ekonomi Baru akan dihapuskan.

5. Tindakan Anwar ini dikenali dalam akhbar-akhbar sebagai pengamalan dasar IMF tanpa IMF - iaitu tanpa apa-apa bantuan kewangan daripada IMF.

6. Dengan dasar yang diperkenal oleh Dato Seri Anwar maka keadaan ekonomi menjadi lebih buruk dan Ringgit Malaysia jatuh lagi nilainya.

7. Jelas sekali Anwar tidak faham sama sekali pengurusan kewangan dan ekonomi negara.

8. Kuasanya keatas kewangan dan ekonomi terpaksa dipindah kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), sebuah jawatankuasa dan think tank yang ditubuh untuk menangani masalah kesusutan nilai Ringgit dan ekonomi negara.

9. MTEN-lah yang mencipta currency control atau kawalan matawang dan menyekat CLOB (Central Limit Order Book - pasaran saham haram yang ditubuhkan di Singapura) supaya segala perniagaan Ringgit oleh penyangak matawang dan penjualan saham Malaysia dalam CLOB ditamatkan.

10. Tindakan MTEN ini berjaya memulihkan ekonomi dan kewangan negara.

11. Mungkin sikap Gabenor Bank Negara dan Timbalan Gabenor yang cuba mengagalkan currency control tidak ada kena mengena dengan Dato Seri Anwar. Tetapi hakikatnya ialah kedua-dua pegawai ini terletak dibawah bidangkuasa Menteri Kewangan.

12. Saya berdoa Kerajaan Selangor tidak akan dipermainkan oleh Penasihat Ekonominya.

taken from: http://www.facebook.com/pages/Dr-Mahathir-bin-Mohamad

Tuesday, November 24, 2009

***I'm back!!!!*** =)

Salam! hye guyz!!!
my blog not walking well since msok dgre neh..
bygkan lah.. latest entry pun bln 8 ari tuh..
byk yg ty aku.. "ble maw update blog???" ermm..aku terfikir gak.. diorg neh bc ke blg aku (oldo org yg ty tuh..bkn lah follower aku.." ermm..
aku plg sng jwb... "nnt2 lah.. malas lak".. hehe..
ok.. since ak msok ke alam FACEBOOK neh.. blog+fs+ms.. sume aku juz bukak2 mcm tuh jew..
betapa vaganzaaa nyerr pgaruh facebook neh..
ermm.. tgk je laa..facebook neh mmg wat ramai org gila2 akan keCANGGIHANannyer.. hahaha.. so, if article kat atas neh ckp facebook punca keputusan teruk.. aku mmg x nafikan..but.. dis is not d main reason y most stdnt got fail rite?? ;)
ok.. aku mmg x nafikan.. most time.. kalo aku on9 je.. mesti facebook ni aku bukak.. PAGE WAJIB selain online game kesayangan aku.. "berperang tetap berperang" hahaha.. (only who noe me well will noe wut i'm saying" =)
ermm...let kita tggl lu bab fb neh.. meh aku citer benda len sket.. myb bguna utk sume..
oryte.. pasal perkara yg x berapa baru.. but mseh lagi segar bugar n mseh hangat diperkatakan..
"1 MALAYSIA"...
okeh... aku yakin..sume org pernah dgr term 1Malaysia neh.. even if u ask bdk tadika pun..sure diorg pernah dgr.. BUT!!!!... korg sume taw ke pe mksd 1MALAYSIA??? yes! korg sume sure jwb "yes..i noe..but... not really" so, kalo jwpan ni yg korg bg.. leh ckp..korg ni sama gak dgn bdk2 tadika yg prnh dgr term tuh..but x didedahkan dgn pe mksd disebalik term tuh.. ;)
BUT if, korg jwb YES!!! I NOE it well! CONGRATS!!! i'm proud u as malaysian! :)
okeh..let me story mory sket pasal 1Malaysia neh.. pe yg aku taw laa.. hehe..

erm.. act, 1Malaysia neh leh kita gmbrkan mcm rojak yg kita makan tuh.. dlm rojak tuh.. ada mcm2 buah yang kita letak..then kita campurkan skali sume buah2 tuh and lastly kita gaulkan dgn kuah rojak rite??? okeh.. buah2 tuh.. kita gambarkan sbgi kaum2 yg ada dlm Malaysia neh.. and kuah rojak tuh plak kita gambarkan sbgi pemangkin keseimbangan mcm 1Malaysia neh... buah2 tu tetap akan rasa buah tuh jugak walau dah dicampur2kan.. x kan hilang rasa asli buah tuh.. mcm 1Malaysia neh gak.. xkan hilang budaya+adat2+keaslian sesuatu kaum bila ada 1Malaysia.. dat's mean.. kita xkan sama mcm INDONESIA yg amalkan sumenya sama je.. =)

kalo ikut definisi yg skema.. 1malaysia = "pelengkap usaha perpaduan sedia ada bagi menjamin kestabilan untuk pembangunan dan kemajuan negara"... BUT.. korg faham kew mksd ni secara tersiratnya..??? if kita tgk 1Malaysia punya mksd.. sama x dgn MALAYSIAN MALAYSIA yang Democratic Action Party (DAP) war2kan nak wat ble diorg pegang Malaysia.. ala.. tgk je la penang tuh ble diorg pegang.. pe yg dah jadi.. hehe.. "lu fikir laa sendiri" =)
oryte..
ermm.. meh nk compare pe yg 1Malaysia n Malaysian Malaysia = BN vs DAP.. hak3..

Malaysian Malaysia(MM)
--> Nak bg sama rata kat sume kaum.. dlm pe juga pown.. x kisah la ekonomi, undang2 n pape laa.. e.g: kalo bajet 2010, MM akan bg 9billion utk sume kaum (melayu, cina & india).. <-- ni sbgi cth keh..

1Malaysia (1M)

--> Nak bg adil pada sume kaum coz 1M ni adalah pemacu utk capai wawasan 2020.. e.g: kalo bajet 2010, 1M akan bg 14billion utk Melayu, 7billion utk Cina dan 4billion utk India..

Okeh.. kalo korg tgk neh.. mana yg adil??? xpe.. krg jwb dlm hati je dlu..
meh nk terang sket..
MM= bg sume dpt 9billion tanpa ikut jumlah kaum tu dlm negara.. but..
1M= bahagi2kan sume tuh.. based on jumlah kaum tu.. e.g: okeh.. rakyat Malaysia ada bleh kurang 25,749,600 (2008).. Melayu lak ada 14juta, Cina ada 7juta and India 4juta..

Jadi.. pembahagian bajet tuh adalah based on jumlah sesuatu kaum tu dlm negara.. kiranya.. nisbahnya.. 1:1.. BUT.. kalo MM lak.. korg kira la sdiri nisbahnya mcmn.. ;)

So, MANA YANG ADIL???? jawab sdiri..

Friday, August 28, 2009

***JAWATAN KOSONG*** baca2!!! penting! :)

Temuduga: Calon Jenazah

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.


TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.


LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet. Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit. Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul. Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.


Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:

1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:

Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini: Sabda Rasulullah S.A.W:

"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.

Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk.

Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang.

Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah.

Saturday, August 1, 2009

~may be useful for you~

~~sharing some "gold" with my readers! ;) ~~

ONE. Give people more than they expect and do it cheerfully.

TWO. Marry a man/woman you love to talk to. As you get older, t heir conversational skills will be as important as any other.

THREE. Don't believe all you hear, spend all you have or sleep all you want.

FOUR. When you say, 'I love you,' mean it.

FIVE. When you say, 'I'm sorry,' look the person in the eye.

SIX. Be engaged at least six months before you get married.

SEVEN. Believe in love at first sight.

EIGHT. Never laugh at anyone's dreams. People who don't have dreams don't have much.

NINE. Love deeply and passionately. You might get hurt but it's the only way to live life completely.

TEN.. In disagreements, fight fairly. No name calling.

ELEVEN. Don't judge people by their relatives.

TWELVE. Talk slowly but think quickly.

THIRTEEN! .. When someone asks you a question you don't want to answer, smile and ask, 'Why do you want to know?'

FOURTEEN. Remember that great love and great achievements involve great risk.

FIFTEEN. Say 'bless you' when you hear someone sneeze.

SIXTEEN. When you lose, don't lose the lesson.

SEVENTEEN. Remember the three R's: Respect for self; Respect for others; and Responsibility for all your actions.

EIGHTEEN. Don't let a little dispute injure a great friendship.

NINETEEN. W hen you realize you've made a mistake, take immediate steps to correct it.

TWENTY. Smile when picking up the phone. The caller will hear it in your voice.

TWENTY- ONE. ;Spend some time alone.

Now, your life will improve drastically and everything you ever dreamed of will begin to take shape.

~~A true friend is someone who reaches for your hand and touches your heart.~~

Friday, July 24, 2009

H1N1





h1n1 influenza...

all uitm was closed now..

but...

we've to replace our clz...

cuti raya??? only 4 days..

then... get ready 4 final exam..
sama2 la kita doakan agar wabak ini x merebak lg...
doakan agar mereka yg kena.. akan cepat sembuh seperti sediakala...
doakan agar semua akan dpt laksana stiap tugas seperti sediakala...
no H1N1... amin...
p/s: me??? currently at home now.. :)




Friday, July 17, 2009

PPSMI diMANSUHkan MUKTAMAD

PUTRAJAYA 16 Julai – Pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diputuskan Kabinet minggu lalu adalah muktamad.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, walaupun ada gesaan supaya dasar itu dikekalkan di peringkat sekolah menengah, namun pendirian kerajaan adalah konsisten dengan tidak mengekalkan status quonya.
Cuma, tegas beliau, yang penting selepas ini adalah mencari kaedah memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid.

Ini termasuk memanggil pakar-pakar bahasa Inggeris dalam masa terdekat untuk memberi input membentuk kurikulumnya yang baru.
‘‘Setiap keputusan (Kabinet) mestilah konsisten, mungkin ada rasionalnya (sesuatu pandangan atau gesaan) kerana ia berdasarkan pengalaman.

‘‘Dan saya tidak kata ia (cadangan itu) tidak bagus tetapi dalam konteks ini, kita mestilah konsisten selepas membuat sesuatu keputusan yang cukup besar (memansuhkan PPSMI),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008 Kementerian Pelajaran kepada 396 kakitangan dan pegawai kumpulan pengurusan, profesional dan sokongan di sini hari ini.

Kabinet pada mesyuaratnya 8 Julai lalu memutuskan bahawa mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam bahasa Melayu di sekolah kebangsaan manakala bahasa ibunda di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil mulai 2012.

Serentak itu, diumumkan juga strategi untuk memartabatkan bahasa Melayu (MBM) serta memantapkan penguasaan bahasa Inggeris (MBI) di semua peringkat persekolahan.
MCA baru-baru ini menggesa supaya PPSMI dikekalkan di peringkat sekolah menengah walaupun bersetuju status quonya ditarik balik di sekolah rendah.

Terdahulu dalam ucapannya, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menegaskan, sebagai pengurus pendidikan, warga Kementerian Pelajaran perlu sentiasa proaktif, responsif dan bersedia untuk menangani perubahan dengan merangka dasar dan strategi sesuai dengan keperluan semasa.

Tegas beliau, mereka tidak boleh lagi berpuas hati dengan pendekatan dan strategi sedia ada.
‘‘Ini termasuklah kurikulum bahasa Inggeris yang perlu dimantapkan selaras dengan strategi pemantapan bahasa Inggeris yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran bermula 2012.

‘‘Murid di negara ini, baik di bandar mahupun di luar bandar, perlu dipastikan dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik melalui sistem pendidikan kebangsaan,” katanya.

Thursday, July 16, 2009

B. O. S. A. N


In class...
Subj: opm626-quality mgmt
Time: 5.05pm
Date: 16.07.09
Place: bm101
Lec: Ass. Prof. Alwi
We're doing smthg else back 2 hv fun.. ;-)

Wednesday, July 15, 2009

::rentetan::

ermmm..dah 2 mgu aku x update blog neh.. ramai yg bising2 kat aku.. sory2 weh..
ok.. lets aku story mory sket pe yg dah jadi..

last week.. aku rgstr kat kampus idaman ramai neyh..
oryte..dgn syoiknyer.. trus dpt kolej utk 1st day rgstr.. (act, aku g rgstr kolej dlu..br akademik..)haha..
syukur.. dicampakkan di kolej teratai.. dekat r dgn DC (dataran CINTA..bukan cendekia k..) hehe..
almost everyday lastweek aku lepak mkn ngan wiwi+eppa+ayie kat dc..

1st day g fac.. mak oi.. agak sadis gak.. jalan kaki g fac dkt2 20min.. ngan nk mendaki bukit+batu caves lagi..(kalo dak2 kedah.. tangga kat lib yg tinggi tuh,sbnrnya x tinggi pun..dtg cni..blambak2 lagi yg tinggi berganda2)..
mmg berpeluh r smpi kat fac..
okey.. mls nk cerita pasal tuh..

aku trus g ari rabu lastweek after dpt kls n jadual.. aku,anna,oya, fer n nuby.. kami tgu punya tgu lec dtg.. tgk2.. mat salleh 2org yg msok.. ramah gler laa.. diorg neh clsmate kitorg.. diorg ckp eng.. mcm ada donut dlm mulut.. cuba la sebut bg CLEAR..(tp, mujur fhm gak..)

kames..de cls quality.. PM Alwi msok.. huh.. trus dpt asgmt tanpa ajar pape.. nk at least 1000words.. ble mintak ulang... dia x maw.. "find it by urself.. i dun wan repeat!!! and plz submit ur asgmt nx cls!" oke.. pas kes tuh..ramai gak tukar ambik subj risk plak.. tp aku,oya,ana,fer n nuby.. stay gak utk quality.. (xtaw npe..)

jumaat bez..pas cls Bel492 yg diajar PM Evanson.. aku trus blik gombak.. mlm tuh trus blik phg! mls nk fikir benda2 yg serabut kat shah alam.. then isnin baru aku balik shah alam sbb kelas kul 2.10ptg..

on dis week lak.. aku rasa dah okey sket compare last week coz byk yg dah stle (credit xmtion, cop ngecop, buku, n plg penting..ptptn settle dgn mudah je.. juz 3 jam je aku settlekan dlm kompleks sukan tuh..-cian kat kwn2 yg tgu dr pg smpi ptg.. saba la yee..) but.. yg x settle lg.. aku still x dpt nk rgstr subject n group dlm student portal.. wuaa.. ermm... biar r dlu.. mls nk fikir..

td..aku g AGM Peers Shah Alam.. but.. i n len2 feel.. peers kedah more btr.. AGM diorg sgt100x membosankan+panas.. rindu r nk lepak merbok.. damn miz all things there.. puan,cik, kak eja, and kwn2 kat sana.. owh my partner in crime! ble kita nk g wat clearence ni??? jom2!!! leh g melawat skali si gergasi biru tuh.. cian kat dia.. rindu gak kat dia tuh.. haha..

okey.. sok de cls.. nseb stat kul 10.30.. leh g paris lelame sket..

damn miz uitm kedah moment.. :(

Friday, June 26, 2009

tag by ePPa

1. apa perasan sekarang
blurrr... bored... bez coz sok mandi air terjun.. hehe..

2. saya nak makan
mcD + coke.. kFc pown nak gak.. yg baru tuh.. x makan lg.. haha

3. saya x suka
cakap x serupa bikin

4. impian saya
ermm... byk laaaaa... tp yg most.. nk g haji.. :)

5. haiwan yg saya tidak suka
ular..(tp aku slalu mimpi ular..) geli.. sisik dia.. huh!!! errr.. (ikut mak aku la ni takot ular..)

6. saya harapkan
org terima aku seadanyer..

7. jika boleh diputarkan masa
ermm... aku x prnh nk fikir nak balik mcm dulu.. penat.. haha.. life must go on.. x yah pikir2 dlu2..

8. saya pada 10 thn akan datang
ada bini kowt! myb 1..2..3.. o.. xde... haha.. xtaw2.. aku bukan ahli nujum.. huhu

9. hp saya adalah
SE810i + nokia 1100 kowt.. mereka adalah kwn2 setia aku! huhu..

10. saya pernah bercinta sebanyak
apakah itu??? haha.. xtaw2.. :p

11. saya suka pada
org2 yg baik2.. tp bukan skema k!

12. kawan2 saya
sempoi bakHang!!! haha.. luv them!


13. pernah dikhianati
sure!!! pernah! biar r kat dia.. malas pjg2 citer.. life must go on! yeah! ;)

14. apa yang hendak dilakukan terhadap org yg mengkhianati anda
mcm jwpan cik ePPa.. FACE to FACE is the bez way!!! tp.. dah pown.. mcm tu gak.. haha.. so, sng.. keep silent.. then wat baik je ngan org mcm ni.. (cikgu aku ckp.. buat baik berpada-pada, buat jahat jgn sekali-kali) hehe..

15. senaraikan 8 orang untuk di tag

Anna
Najiha
Pedot
k'on
Azhar (senior DBS)
Ana Mardia
Suhai
Shanaz
dan.. kamu yg membaca...