***DoA HaRiAN***

***DoA HaRiAN***
ayat seribu dinar

Saturday, February 28, 2009

Bantah guna perkataan "Allah"

KUALA LUMPUR 27 Feb. – Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria terkejut dengan keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) membenarkan penggunaan perkataan ‘Allah’ dalam penerbitan berkaitan agama Kristian.

Tokoh Maal Hijrah itu menegaskan Allah bagi umat Islam adalah merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa dan berbeza dengan agama lain.

“Mengapa hendak bertolak-ansur sangat dalam hal ini? Kalau ikut enakmen jabatan agama islam negeri pun memang tidak dibenarkan,” katanya ketika dihubungi di sini malam ini.
Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) hari ini diberitahu bahawa penggunaan perkataan ‘Allah’ dalam penerbitan berkaitan agama Kristian bukan lagi satu larangan.

Keputusan itu terkandung dalam Perintah Keselamatan Dalam Negeri (Larangan Dalam Penggunaan Perkataan Tertentu dalam Dokumen dan Penerbitan) 2009 yang baru diwartakan oleh KDN.

Menurut Peguam Kanan Persekutuan, Nizam Zakaria, perintah bertarikh 21 Januari lalu berkuat kuasa serta-merta setelah ia diwartakan pada 16 Februari lalu.

Perintah tersebut berbunyi: ‘‘Percetakan, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengedaran dan pemilikan sebarang dokumen dan penerbitan berkaitan agama Kristian yang mengandungi perkataan ‘Allah’, ‘Kaabah’, ‘Baitullah’ dan ‘Solat’ adalah dilarang melainkan di muka hadapan dokumen dan penerbitan itu ditulis dengan perkataan “Khusus Untuk Penganut Agama Kristian’’.

Sementara itu, Persatuan Peguam Syarie Malaysia hari ini mendesak kerajaan membatalkan semula pewartaan penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan berkaitan agama Kristian.
Presidennya, Zainul Rijal Abu Bakar berkata, langkah pewartaan tersebut mampu mencetuskan kegelisahan di kalangan orang Islam.
“Keputusan itu juga dilihat melanggar arahan Jemaah Menteri yang dibuat pada 19 Mei 1986,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Zainul Rijal memberitahu, mahkamah sepatutnya tidak membenarkan penggunaan kalimah tersebut bagi digunakan oleh orang bukan Islam, tambahan lagi 10 buah negeri telah menggubal undang-undang kawalan pengembangan agama bukan Islam di kalangan orang Islam.
Enakmen tersebut memperuntukkan adalah menjadi kesalahan menggunakan kalimah tersebut untuk kegunaan orang bukan Islam.

Dalam perkembangan sama, Zainul Rijal memberitahu, mahkamah tidak sepatutnya mengatasi keputusan Jemaah Menteri dan undang-undang yang diperkenankan oleh raja Melayu.
‘‘Hal ini seolah-olah ingkar dengan titah perintah raja yang melibatkan hal ehwal agama Islam,” katanya.

Di PULAU PINANG pula, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Shabudin Yahaya terkejut dengan keputusan KDN membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh penerbitan agama Kristian.

Beliau, yang bimbang dengan perkembangan itu, menggesa KDN membuat penelitian sedalam-dalamnya berhubung perkara itu kerana ia menyentuh sensitiviti agama suci itu dan umat Islam di negara ini.
“Bagi saya ini amat bahaya kerana ia boleh mendatangkan kekeliruan kepada masyarakat terutama yang beragama Islam.

“Dalam kes penerbitan Herald – The Catholic Weekly, perkara tersebut masih menjadi perdebatan. Kenapa warta ini boleh dikeluarkan?’’ soalnya.

Lebih menghairankan Shabudin, mengapa isu itu dibangkitkan pada masa sekarang walaupun agama Islam sudah diangkat sebagai agama rasmi.

***pedoman bersama***

sesiapa yang...
tidak redha dgn ketetapanKU,
tidak sabar atas cubaanKU,
tidak bersyukur atas nikmatKU,

dan
tidak merasa cukup terhadap pemberianKU,
maka, hendaklah ia..
menyembah Tuhan selainKU..

Oleh itu,
sesiapa yang pagi-pagi berdukcita terhadap dunia,
maka,
seolah - olah ia marah kepadaKU...

sesiapa yang merasa sakit atas sesuatu musibah,
maka,
sesungguhnya ia telah menyakiti Aku...

sesiapa menemui orang kaya,
lalu merendahkan diri dihadapannya,
maka,
sungguh telah hilang 2/3 agamanya...

dan
sesiapa yang memukul- mukul muka di depan orang mati,
maka,
seolah - olah ia telah mengambil tombak dan menhujamkan kepadaKU...

dan
sesiapa yang memecahkan dahan kayu di atas kuburan,
maka,
seolah - olah ia telah menghancurkan pintu kaabahKU dengan tangannya,

dan
sesiapa tidak peduli dari sumbar mana makanannya,
maka,
ia tidak peduli dari pintu mana Allah memasukkannya ke dalam Jahanam,

dan
sesiapa yang tidak bertambah agamanya,
maka,
sebenarnya ia semakin berkurang..

dan
sesiapa yang terus menerus merosot dan berkurang,
maka,
maut adalah lebih baik baginya..

-hadith qudsi-

Wednesday, February 18, 2009

***pedoman bersama***

jgn terlalu susah dgn urusan dunia...

Jangan SENGAJA LEWATKAN SOLAT.
Perbuatan ini Allah tidak suka.

Kalau tertidur lain cerita.
Jangan TIDUR SELEPAS SUBUH, nanti
rezeki mahal(kerana pagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan MAKAN TANPA membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan KELUAR RUMAH TANPA
niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.

Jangan BIARKAN MATA liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan MENANGGUH TAUBAT bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.
Jangan EGO untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah..
Jangan MENGUMPAT sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
Jangan lupa BERGANTUNG kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.
Jangan BAKHIL untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.
Jangan BANYAK KETAWA. Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan BERBOHONG, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.
Jangan suka MENGANIAYA manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH..
Jangan terlalu SUSAH HATI dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan MEMPERTIKAIKAN kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.


ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.

WasSalam

'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'
(Sabda Rasulullah SAW)

Sunday, February 8, 2009

Sandiwara siPeraK

1. Sandiwara di Perak masih menggelikan hati. Ada lompat keluar kandang, ada lompat masuk kandang.

2. Duli Yang Maha Mulia Sultan sudah bertitah.

3. Tetapi Menteri Besar Pakatan tidak hendak berhenti jadi MB. Pejabatnya sudah dikosongkan oleh Polis.

4. Apakah Polis akan usung MB dan campak dia keluar? Tentu tidak kerana tiada peruntukan undang-undang yang mengizinkannya.

5. Pakatan boleh adakan Kerajaan minoriti. Demokrasi mengizinkan.

6. Tetapi kerajaan minoriti lemah. Dia boleh ditumbang dengan undi tidak percaya oleh majoriti ahli Dewan Undangan Negeri, kalau Dewan bersidang. Mungkin Pakatan tak mahu ada persidangan.

7. Siapakah yang berhak mengadakan persidangan? Bolehkah puak majoriti paksa Kerajaan minoriti adakan persidangan khas untuk undi tak percaya?

8. Jika tidak dapat paksa Kerajaan minoriti mengadakan persidangan mereka boleh ambil bermacam-macam tindakan untuk merosakkan negeri Perak. Apakah yang boleh dibuat kepada kerajaan minoriti jika ia kekalkan dirinya dan terus merosakkan negeri? Keadaan seperti ini masih kelabu; tak ada peruntukan undang-undang setakat yang saya tahu.

9. Mungkin pegawai tidak akan patuh kepada kerajaan minoriti ini. Tetapi pegawai profesional perlu akur akan perintah Kerajaan yang halal.

10. Kita hanya boleh pandang dan lihat sandiwara yang sedang berterusan. Anwar akan dapat banyak pengajaran daripada sandiwara ini kerana dialah yang beria-ia sangat untuk ada lompat katak yang terbesar pada September 16. Oh! Silap, September 24. Oh! Silap lagi.

11. Amat menggelikan hati mendengar telatah Anwar berkenaan Nasarudin Hashim (ADUN Bota) masuk PKR dan keluar daripada PKR.12. Lompat masuk (perangkap) boleh tapi lompat keluar tak sah!! He, he, he!

***go Che Det*** :)

Thursday, February 5, 2009

tersirat... 31 vs 28.. from gjie! bez! ;)

**copy from gjie** bez2....!!! :)

tergempar.hari ini satu hari aku tidak pergi ke kelas..sebab apa?percaturan aku untuk menanti sesuatu terbalas.bukan mudah untuk melihat atau mencatat sejarah.kerana ura - ura ada KESTABILAN POLITIK di Perakaku menanti dan membuka telinga mengenaipembubaran PAKATAN RAKYAT.11 bulan saja bertahan permerintahan NIZAR,eh.. NGEH la..BRAVO untuk katak yang mempunyaisemangat kataknisme.Jasamu amatlah besarganjarannya amatlah lumayan.nasaruddin, jawatan menteri besar perak BYE BYE.tertarik dengan seorang pembloggersebenarnya konspirasi ini menguntungkan ANWARitu satu kenyataan.selepas kenyataan SPR semalam.aku sudah terfikir, mesti ada BIG konspirasiselepas ini untuk tutup kes TERPENCIL Anwar.bak perang Iraq, dan Krisis Darfur.hanya propaganda media.cukup bagus anwar.BONUS awal tahun agaknya.AKTA KATAK sunyi sepi.ditinggalkan menyendiri.sebab PI MAI PI MAI TANG TU.aku ingin lihat pencipta konspirasi inimampu bertahan atau wang hanya sandaran?dan aku percaya,NAJIB senyum, sebelum menjadi PM.destinasi seterusnya?SELANGOR...GAGAP Khalid, hitunglah hari..1 2 3 4.. sape cepat di dapat.kereta LEXUS WQR 779dah siap dah repair..laju laju la lepas ni.BN PERAK!orang yang aku selalu menyumpah,aku rasa dia akan jadi orang tertinggi kelak.doa di Mekah agaknya.agaknya ngeh atau nizar tengah duk carikdokumen tanah nak sorok or tengah ronda ronda dengankereta baru. aish..baru berapa bulan pakai.rugi rugi ...DUN PASIR PANJANG,apa perubahan IR NIZAR?jap cari ea...eh eh.. takder lah..ada lah.. orang tengah beratur nak jumpa,tapi YB takda.Jamaluddin Mohd. Radzi, Mohd Osman Jailu, Hee Yit Foongterima kasih.Tahniah juga kepada Datuk Seri Anuar Zaini.CHECKMATE untuk ANWAR IBRAHIM.Najib, Awak ciluk, kawan ciluk, last-last kawan dapat.