lawa gler.. aku sgt suka! :)
ok2... tpkan.. spe yg bagi sume ni??
"thanks to my teman baik..
malam ni malam jumaat, aku dapat satu teguran dari teman baik aku, teguran yang sangat memberi aku seribu makna hingga ke akhir hayat aku. Ya Allah, aku hanya insan biasa, lemah..ampunilah dosa-dosa aku.. ini dugaan yang sangat mencabar buat aku dalam hidup aku kerana aku hadapi segala teguran yang amat membina ini di kala musim peperiksaan. Mood untuk aku mengadap kertas-kertas, slide-slide dari lecturer tercinta Puan Sarah, textbook Research Methodology yg boleh membuatkan bahu aku herot apabila mengendongnya ke mana-mana,hilang. Baru satu jam yang lalu, hati ku melonjak-lonjak, dengan semangatnya, mengangkut buku dan slide-slide RM tersebut bersama Pencil Box hijau ku, ke BK6..aka Bilik TV *xdak tv pun?*. mood yang mulanya mekar berbunga-bunga minda terbuka luas memberi ruang kepada perkataan-perkataan yang terkandung di dalamnya membolosi mindaku yang kadang-kala tidak menentu ini,kini tertutup rapat,erat,ketat dan mampat. Besarnya dugaan ini. Kenapa ia berlaku pada hari ini. kenapa bukan semalam, atau hari-hari atau detik-detik atau saat-saat lain di mana bukan masa yang sesuai untuk aku mentelaah.
Ya Allah, kurniakan lah aku kekuatan. Mungkin ini balasan dari dosa-dosa yang telah aku lakukan. Ampunilah dosa-dosa ku . Ampunilah dosa-dosa ku. Ampunilah dosa-dosa ku Ya Allah.Kurniakanlah aku semangat dan kekuatan aku study. Permudahkanlah aku ingat dan faham apa yang aku belajar. Permudahkanlah urusanku Ya Allah. Kurniakanlah ku kejayaan, kurniakanlah aku,abg-abgku,,dan kawan2ku kejayaan Ya Allah. Amin.
Buat teman baik,
Segala teguran mu sangatlah ku hargai.Kau Teman Susah Dan Senang Aku.Biar kini kita tidak serapat atau seakrab dahulu, kau tetap teman no 1.
Maafkan aku.
p/s:Semoga ia hanya menjadi kisah kita SAHAJA.tak perlu untuk digendong ke sana-sini kerna msg tersebut telah sampai dengan selamatnya.Alhamdulillah.
-Terima kasih teman baik."
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
::semoga anda berada dalam keadaan yg diidami anda...
::Allah sentiasa bersama org2 yang sentiasa ingat kepadaNya...
::Allah tidak akan menurunkan dugaan kepada hambaNya jika Allah tahu hambanya tidak mampu memikul dugaan itu..
::Setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya.. wallahu'alam..
...ikhlas...
MNSAM