Lim Guan Eng nafi isi borang DAP syarat dapat sagu hati
PULAU PINANG 25 Jun — Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menafikan dakwaan bahawa warga emas di negeri ini diminta mengisi borang pemberian sagu hati tetapi disyaratkan supaya menjadi anggota DAP.
Lim yang juga Setiausaha Agung DAP berkata pihaknya tidak pernah meletakkan syarat seperti itu dan borang berkenaan juga tidak memerlukan warga emas menyatakan keangotaan mana-mana parti bagi mendapatkan sagu hati berkenaan. Katanya dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim berhubung perkara itu dilihat berunsur fitnah ke atas kerajaan negeri.
“Beliau (Azhar) jangan buat tohmahan atau fitnah yang melampau seperti ini kerana borang pendaftaran berkenaan tidak ada kaitan langsung dengan DAP dan ia dikeluarkan dengan lambang kerajaan negeri dan bukan lambang roket (DAP),” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Lim berkata beliau mahu Azhar membuktikan dakwaannya seperti yang dilaporkan media hari ini mengenai perkara itu atau menarik balik dan memohon maaf jika tidak dapat membuktikannya. - Bernama
No comments:
Post a Comment