***DoA HaRiAN***

***DoA HaRiAN***
ayat seribu dinar

Tuesday, January 6, 2009

Pilihan raya kampus 2

JPP UiTM sesi 2007/2008 telah pun dibubarkan secara rasminya pada 3 Oktober 2008 yang lalu. Pilihanraya JPP UiTM sesi 2009/2010 akan diadakan pada 15 Januari 2009 (Khamis).

Sehubungan itu, pihak HEP mempelawa mana-mana pelajar yang layak untuk bertanding dalam pilihanraya tersebut. Borang pencalonan boleh diperolehi di kaunter Bahagian HEP pada hari Selasa , 6 Januari 2009 bermula jam 9.30 pagi – 4.30 petang dan perlu dikembalikan mulai pukul 9.30 pagi – 1.00 petang hari Khamis, 8 Januari 2009

Maklumat lanjut boleh didapati di :
Kaunter HEP
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
UiTM Kedah


CALON PEMILIHAN JPP

1.
Pelajar yang LAYAK menjadi calon adalah pelajar yang mengikuti program peringkat Diploma dan Ijazah Pertama sepenuh masa.


2.
Pelajar berikut TIDAK LAYAK untuk menjadi calon.
Pelajar yang belum lagi menduduki peperiksaan akhir semester pertama di Universiti Teknologi MARA (UiTM) bagi program pengajian yang diikutinya.

Pelajar yang tidak menduduki mana-mana peperiksaan, ujian atau apa-apa penilaian dalam semester pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar diadakan tanpa sebarang kebenaran bertulis dari pihak berkuasa Universiti.

Pelajar yang mendapat CGPA kurang daripada 3.00.

Pelajar yang gagal sesuatu kursus dalam peperiksaan yang lalu dan belum lulus walaupun telah mengulanginya.


Pelajar yang telah dikenakan, didapati bersalah atau masih menunggu tindakan tatatertib atas satu kesalahan.


Pelajar yang dituduh atau sedang menunggu perbicaraan jenayah atau syariah.


Pelajar yang masih berhutang dengan Universiti Teknologi MARA.


Pelajar yang akan menjalani Latihan Praktik melebihi dari tiga (3) bulan dalam sesi yang berkenaan, tidak layak untuk menjadi calon.

2 comments: